
MAQIS Selangor rampas 25,000 kg kubis dari China
SHAH ALAM 4 Jun – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Selangor merampas 25,000 kilogram kubis bulat yang diimport dari China kerana dipercayai mempunyai serangga perosak jenis ‘Plutella xylotella Linn’ di Pelabuhan Klang, semalam.
Dalam kenyataan hari ini, Pengarah MAQIS Negeri Selangor Zamri Hashim berkata pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pegawai penguasa MAQIS mendapati kubis bulat yang cuba dibawa masuk dari China itu dipercayai mempunyai lebih daripada seekor serangga perosak pada setiap kubis yang diimport.
“Beberapa sampel telah diambil dan masih dalam siasatan. Kesemua barang dagangan tersebut telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] iaitu mengimport keluaran pertanian yang dipercayai mempunyai perosak dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.
Adalah menjadi keutamaan MAQIS untuk sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan terhadap keluaran pertanian yang diimport ke Malaysia bagi menjamin setiap keluaran pertanian terbabit tiada perosak, penyakit atau bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan kerajaan, katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TANJUNG BIDARA: MAJLIS ILMU JADI SANTAPAN ROHANI JEMAAH UJONG PADANG
TANJUNG BIDARA 14 September - Menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola bukan sekadar menyebut nama Baginda, sebaliknya keperibadian dan akhlaknya perlu...
10 MUALAF MAIM SEDANG DIUJI TERIMA ZAKAT WAKALAH RM5,000
PANTAI KUNDOR 14 September - Berdepan masalah kesihatan selain perlu menyara tanggungan keluarga, 10 asnaf mualaf menerima sumbangan zakat wakalah...
SAYANG ANAK DATANG DARI HATI, BUKAN PERANTI – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 September - Ibu bapa diingatkan supaya tidak menyerahkan tanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak kepada peranti teknologi,...
15 TAHUN SURAT ‘SESAT’ KE RUMAH JIRAN, KAMPUNG DIGITAL AKHIRI KEKELIRUAN ALAMAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Lebih 15 tahun surat dialamatkan kepada keluarganya sering tersalah hantar ke rumah jiran yang terletak...
USIA BUKAN HALANGAN, ‘TOK RAUF’ TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun bukan alasan buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
MELAKA ANGKAT ILMU FALAK SEBAGAI AGENDA TVET
TANJUNG BIDARA 14 September - Kerajaan Negeri mengangkat ilmu Falak sebagai antara silibus dan elemen dalam agenda Pendidikan dan Latihan...
