Hampir 5,000 warga Melaka ikuti Bacaan Yasin Perdana secara maya

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 4 Jun – Hampir 5,000 rakyat dan pelayar Facebook di negeri ini menyertai Majlis Bacaan Yasin Perdana peringkat Negeri Melaka yang disiarkan secara langsung di Facebook Live Melaka Hari Ini (MHI), hari ini.

Majlis diadakan bertujuan memohon perlindungan dan kerahmatan Allah SWT untuk terus membantu negara dan negeri ini memerangi COVID-19 berikutan peningkat kes yang berlaku dalam negara ketika ini.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat selaku penganjur.

Majlis julung kali diadakan dalam tempoh sekatan pergerakan penuh (total lockdown) itu kemudiannya dirasmikan oleh oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang bersiaran di kediamannya di Seri Bendahara, di sini.

Bacaan Yasin serentak seluruh negeri itu dimulakan kira-kira jam 9.15 pagi diketuai oleh Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan seterusnya memimpin bacaan doa di akhir acara.

Untuk rekod, majlis berkenaan akan diadakan secara mingguan pada setiap Jumaat, jam 9 pagi bermula minggu ini sehinggalah pandemik COVID-19 berakhir di negara ini.

Selain memohon perlindungan Allah SWT daripada ancaman pandemik, majlis itu turut mendoakan agar diberi kemenangan kepada rakyat Palestin yang dizalimi.

Orang ramai boleh mengikuti majlis berkenaan menerusi siaran langsung di Facebook Live MHI, Kerajaan Negeri Melaka, JAIM serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1020
Kongsi :
Previous post MAQIS Selangor rampas 25,000 kg kubis dari China
Next post Belajar pasang peralatan sanitasi sebelum buat sendiri
Ubah saiz-+=