
Masalah bekalan air di sekolah luar bandar akan diatasi segera
AYER KEROH 21 Julai – Kerajaan negeri akan mengatasi masalah air yang berlaku di beberapa sekolah luar bandar di Melaka.
Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan) Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, pihaknya akan segera turun padang untuk menyaksikan sendiri permasalahan tersebut selepas selesai sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Amiruddin Yusof (BN-Ayer Limau), mengenai masalah air yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China dalam persidangan kedua penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14, di Seri Negeri, sebentar tadi.
Dalam pada itu, Noor Effandi turut menyambut baik cadangan yang diberikan Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam) supaya Jabatan Pendidikan Negeri dan Syarikat Bekalan Air Melaka Berhad (SAMB) menjalinkan kerjasama dalam usaha menjimatkan kos pengurusan air di sekolah.
-Berita lanjut menyusul-
Views:
Related


Berita Lain
DARI ALOR GAJAH, LAHIRNYA LEGASI SOS KUIH UDANG
ALOR GAJAH 17 Oktober - Bermula daripada permintaan pelanggan yang mahukan sos tambahan ketika menikmati kuih udang, resipi warisan arwah...
TOK MAN IKRAR BANTU ‘BIRUKAN’ PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 17 Oktober - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berikrar mengetepikan perbezaan...
MeSRa: MELAKA PERKASA SYIAR ISLAM DI SEGENAP DIMENSI
AYER KEROH 17 Oktober - Agihan zakat berjumlah RM159.9 juta, bantuan fidyah kepada asnaf, peluasan pensijilan halal serta pembinaan lima...
EKOSISTEM MELAKA DIGITAL TERUS BERKEMBANG
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Bermula dengan Kampung Digital, ekosistem Melaka Digital akan terus diperluas kepada pelbagai aspek kehidupan rakyat...
JEREBU: MENARA TAMING SARI BEROPERASI SEPERTI BIASA
TELOK MAS 17 Oktober - Menara Taming Sari meneruskan operasi seperti biasa sepanjang musim jerebu, namun tahap jarak penglihatan akan...
HITS PERNAMA RINGANKAN BELANJA DAPUR KELUARGA TENTERA
SUNGAI UDANG 17 Oktober - Perbezaan harga lebih RM10 bagi sekampit beras mungkin kelihatan kecil, namun bagi Eva Shalyana Shahrom,...
