
Isu perkauman makin membimbangkan
AYER KEROH 21 Julai – Sebanyak 263 laporan polis diterima mengenai isu menghina agama dan raja-raja di negeri ini sepanjang tahun 2019.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Wira Ar Ismail Othman berkata, manakala bagi tahun 2020 sejumlah tujuh laporan polis diterima melibatkan isu menghina agama Islam.
“Isu-isu melibatkan perkauman boleh menggugat keharmonian di Negeri Melaka.
“Kebanyakannya media sosial mengeluarkan kenyataan berunsur memecah belah kaum dan ia menjadi ‘trend’ membimbangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai isu perkauman pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Jelasnya, penggunaan media sosial dengan memuatnaik isu-isu yang mencetuskan perkauman menimbulkan kerisauan.
“Antara isunya seperti penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, isu menghina raja-raja serta melibatkan kaum.
“Ia bukan hanya dizahirkan melalui laporan polis, malah melalui demonstrasi jalanan dan perhimpunan bantahan,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
HLN 2026: MELAKA CIPTA REKOD HASILKAN 361 PERABOT DARI SISA KAYU
PAYA RUMPUT 8 Ogos - Sebanyak 1,200 palet kayu terpakai berjaya ditransformasikan menjadi 361 unit perabot menerusi Program Kitar Semula...
HLN 2026: MELAKA ‘DIGITALKAN’ 70,753 POKOK
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Sebanyak 70,753 data inventori pokok direkodkan menerusi sistem MyTrees@Melaka yang telah dibangunkan dibangunkan pada 2017,...
HLN 2026: MELAKA PACU PEMBANGUNAN TANPA KORBANKAN KHAZANAH ALAM
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Melaka terus memperkukuh agenda pembangunan negeri dengan memastikan kemajuan dan kelestarian alam bergerak seiring menerusi...
HLN 2026: MELAKA BANGUNKAN 6 PROJEK LANDSKAP DALAM DUA TAHUN
PAYA TUMPUT 7 Ogos - Sebanyak enam projek landskap utama dilaksanakan di Melaka dalam tempoh dua tahun bagi memperkasa ruang...
KERJASAMA PERSEKUTUAN, MELAKA WAJAR JADI CONTOH – PM
PAYA RUMPUT 7 Ogos – Perbezaan fahaman termasuk politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara...
KPKT JALIN KERJASAMA DENGAN UN-HABITAT BANGUNKAN MY PUBLIC SPACE
PAYA RUMPUT 7 Ogos – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) akan bekerjasama dengan UN-Habitat...
