
Masjid Al Azim ‘tumbang’ 10 ekor lembu
BANDARAYA MELAKA 10 Julai – Sebanyak 10 ekor lembu ditumbangkan pada program korban berkelompok sempena Aidiladha di Masjid Al Azim, hari ini.
Program korban yang diadakan di luar perkarangan masjid negeri itu dilakukan secara gotong-royong selepas Solat Sunat Aidiladha.
Turut menyerikan program korban berkelompok itu ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.
Tun Mohd Ali bukan sahaja menyantuni peserta korban, bahkan turut bersama membantu menimbang daging korban yang selesai dilapah.

Beliau kemudiannya turut mengagihkan daging korban kepada kariah masjid dan orang ramai di kawasan itu.
Difahamkan, selain orang ramai dan kariah, daging korban itu juga akan diagihkan kepada asnaf dan fakir miskin di sekitar Bandaraya Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FESTIVAL MASAKAN WARISAN MELAKA DAN MELAKA HERITAGE FESTIVAL 2026 SASAR 10,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 4 Julai - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung sepanjang penganjuran Festival Masakan Warisan Melaka dan...
220 ACARA MENARIK SEPANJANG TAHUN GAMIT PELANCONG KE MELAKA
BANDA HILIR 4 Julai - Festival Masakan Warisan Melaka dan Melaka Heritage Festival 2026 dilihat mampu memperkukuh kedudukan negeri ini...
KERAJAAN NEGERI TERUS PERKASA WARISAN KULINARI MELAKA
BANDA HILIR 4 Julai - Festival Masakan Warisan Melaka dan Melaka Heritage Festival 2026 yang dianjurkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
MPAG DIDIK MASYARAKAT JAGA KEBERSIHAN, HINDAR GANGGUAN LALAT
MACHAP JAYA 4 Julai - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) melancarkan Kempen Kawalan Infestasi Lalat Tahun 2026 bertujuan untuk meningkatkan...
WRUR SERKAM: ISU GERAN TANAH 50 PENDUDUK TAMAN PONDOK INDAH HAMPIR SELESAI
SERKAM 4 Julai - Isu geran tanah membabitkan kira-kira 50 penduduk Taman Pondok Indah kini berada pada peringkat akhir penyelesaian...
KURSUS PRA PERKAHWINAN PERCUMA BERI MANFAAT HAMPIR 3,000 ANAK MELAKA
PENGKALAN BATU 4 Julai - Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Melaka yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dan diselia MAIM Holdings Berhad...
