Masyarakat perlu fahami peranan sebenar EAIC

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 11 Mei – Pegawai berintegriti bukan sekadar mampu menghasilkan mutu kerja berkualiti sebaliknya mengangkat imej perkhidmatan awam menjadi lebih positif, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari.

Zaidi berkata, justeru masyarakat perlu memahami lebih jelas fungsi dan peranan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang melahirkan modal insan lebih bertanggungjawab serta amanah.

“Ia selaras dengan inisiatif dilaksanakan EAIC pada hari ini menerusi Program E.R.A.T (Encouraging, Responsibility, Accountability, Trustworthiness), EAIC Bersama Masyarakat Negeri Melaka yang memperkenalkan peranan sebenar mereka.

“Dengan adanya program begini orang ramai dapat menjadi mata dan telinga pihak EAIC selain menyalurkan maklumat lebih tepat mengenai salah laku penguat kuasa menggunakan saluran yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program E.R.A.T EAIC Bersama Dengan Masyarakat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Datuk Maslina Baki.

Hadir sama Pesuruhjaya EAIC Tan Sri Mahmood Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, Norhayati Ahmad.

Sementara itu Maslina, turut berterima kasih kepada pihak EAIC kerana memilih Negeri Melaka sebagai lokasi pertama bagi pelaksanaan program E.R.A.T tahun ini.

“Program ini diadakan selama empat hari, pihak EAIC akan turun padang menyantuni masyarakat di Negeri Melaka untuk mendengar sendiri aduan daripada orang ramai.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, kita sentiasa menyokong program pengukuhan integriti seperti ini dan menjadikan ia sebagai elemen utama yang perlu ada dalam setiap anggota perkhidmatan awam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1460
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak enam tahun pandu kereta: Polis tolak dakwaan ada unsur mistik
Next post Bedah siasat temui empat kesan tikaman
Ubah saiz-+=