Maut terjatuh ke dalam kolam kumbahan

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

JASIN, 14 Sept. – Pekerja kontrak warga Bangladesh maut selepas terjatuh kedalam kolam kumbahan minyak panas dalam kejadian di sebuah kilang pemproses an hasil sawit, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu dikatakan berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja pemasangan paip bomba.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia 39 tahun dikatakan berada diatas bumbung sebelum tiba-tiba terjatuh kedalam kolam kumbahan minyak panas berketinggian kira-kira 4.5 meter.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa sudah lebih dua bulan melakukan kerja- kerja pemasangan paip bomba di kilang terbabit.

PASUKAN bomba memeriksa kawasan kejadian.

“Berdasarkan keterangan rakanya, dia hanya mendengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat mangsa sudah tiada di atas bumbung selain terdapat kesan lubang.

“Penyelia kilang kemudian menghubungi polis dan bomba memaklumkan kejadian,” katanya.

Menurut beliau, proses menaikkan mayat mangsa mengambil masa kira-kira tiga jam.

“Mayat mangsa ditemui pada jam 2.45 petang dan proses membawa naik mayatnya dijalankan pasukan bomba.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) akibat tergelincir dan jatuh kedalam tangki panas selain dipercayai tiada unsur khianat atau jenayah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.24 pagi sebelum tiga jentera termasuk EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dan BBP Jasin Bestari bergegas ke lokasi kejadian.

“Kerja-kerja menyelamat dijalan menggunakan alat penyedut untuk keluarkan minyak panas.

“Cabaran pasukan bomba adalah cecair itu panas dengan suhu kira-kira 60 darjah celcius,” katanya.

Views:

392
Kongsi :
Previous post Usahawan India Melaka tidak terpinggir
Next post Agensi penguatkuasaan akan santuni masyarakat di sempadan bagi tangani masalah dadah
Ubah saiz-+=