
Mayat bayi ditemukan terapung di perkampungan atas air di Kota Kinabalu
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris berkata mayat bayi berkenaan ditemukan pada pukul 6.30 petang oleh penduduk kampung yang melalui jambatan kayu di kampung berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.
“Sebaik menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi terbabit, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian untuk siasatan.
“Siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan namun setakat ini belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian itu. Bayi terbabit disyaki dibuang ke laut selepas dilahirkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ABDUL HAKIM SELESAI BUANG UNDI DI SRA JAIM DURIAN DAUN
LENDU 14 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Lendu Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid...
PRN MELAKA: RAIS SELESAI BUANG UNDI DI SK PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 14 November – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin selesai...
PRN MELAKA: AB RAUF HARAP PENGUNDI KELUAR AWAL, DIJANGKA HUJAN SEBELAH PETANG
TANJUNG BIDARA 14 November - Pengundi di Melaka diseru keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin bagi mengelakkan kesulitan sekiranya hujan...
PRN MELAKA: FAIRUL NIZAM SELESAI BUANG UNDI DI SK SERI MACHAP
ASAHAN 14 November - Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan, Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan selesai...
PRN MELAKA: NADARAJAH SELESAI MENGUNDI DI SK SERI DUYONG
DUYONG 14 November – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.07 Gadek, S. Nadarajah selesai menunaikan tanggungjawab...
PRN MELAKA: DR. AKMAL SELESAI TUNAI TANGGUNGJAWAB MENGUNDI DI SK MERLIMAU
MERLIMAU 14 November – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh selesai...
