
Mayat kanak-kanak reput, berbau ditemui di tebing sungai
JOHOR BAHRU, 4 Dis – Mayat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang tidak diketahui jantina, ditemukan dalam keadaan reput dan berbau di tebing sungai di Jalan Anggerik Putih Majidee, Kampung Desa Makmur di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan mayat itu, oleh orang awam pada pukul 10.43 pagi.
“Mayat kanak-kanak tersebut ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dengan jarak lima kaki dari tebing sungai. Sebahagian daripada tubuh mayat kanak-kanak itu mungkin sudah dimakan haiwan.
“Malah, jantinanya tidak dapat dikenal pasti kerana mayatnya sudah reput, namun dianggarkan berusia kira-kira tiga tahun. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat kanak-kanak itu, dan siasatan termasuk jantina dan latar belakang mangsa sedang dijalankan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENGAMAL MEDIA ‘BERKAMPUNG’ DI SERI NEGERI, TUNGGU PENGUMUMAN PENTING KETUA MENTERI
SERI NEGERI 22 September - Pusat pentadbiran Kerajaan Melaka, Seri Negeri, hari ini menjadi tumpuan pengamal media yang ‘berkampung’ bagi...
KEPERLUAN LEBIH 50,000 PENDUDUK DUN DURIAN TUNGGAL JADI FOKUS ZAHARI LIMA TAHUN AKAN DATANG
DURIAN TUNGGAL 22 September - Penyelesaian isu infrastruktur, banjir, selain memperkukuh kemudahan awam serta kebajikan rakyat khususnya golongan anak muda...
ZAHARI LAKSANA 80 PERATUS MENIFESTO DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 22 September - Selepas hampir lima tahun menerajui Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal kira-kira 80 peratus manifesto...
‘SUMBANGAN RUMAH JADI PERMULAAN BAHARU KELUARGA ZAKARIA’
RIM 22 September - Kediaman baharu bagi menggantikan rumah usang berusia kira-kira 80 tahun akan menjadi permulaan lembaran baharu kehidupan...
SELEPAS HAMPIR TIGA TAHUN, SIMPANG CHABAU KINI LEBIH TERATUR
RIM 22 September – Simpang Chabau yang sebelum ini menjadi antara lokasi berisiko berlaku kemalangan kini lebih teratur selepas kerja...
PARAKOM LAHIRKAN HAMPIR 2,000 SUKARELAWAN SEJAK DIPERKENALKAN
TANJUNG BIDARA 22 September - Paramedik Komuniti (PARAKOM) telah melahirkan hampir 2,000 sukarelawan sejak diperkenalkan hasil cetusan idea Ketua Menteri...

