
Mayat lelaki dalam guni ditemukan di Klang
SHAH ALAM, 13 Jan – Satu mayat lelaki yang mulai mereput ditemukan di dalam sebuah guni di tepi jalan sekitar Aman Perdana, Klang petang semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pada kira-kira 6.10 petang, pihaknya menerima aduan berkenaan satu mayat yang ditemukan oleh orang awam di dalam guni berwarna putih di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Aman Perdana, Klang.
“Siasatan awal yang dijalankan mendapati mayat dalam keadaan berbungkus di dalam guni putih dan keadaan mayat telah mulai mereput. Mayat itu tidak dapat dikenal pasti bangsanya.
“Keadaan mayat hanya memakai kain sarung berwarna biru tanpa berbaju dan dihantar ke Hospital Shah Alam bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP You Swee Leong menerusi nombor telefon 012-4071452 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara (03-32912222) atau mana-mana balai polis berhampiran.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 200 PENCAPAIAN DILAKAR SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
SERI BENDAHARA 22 September - Lebih 200 pencapaian merentasi pelbagai bidang direkodkan Kerajaan Negeri sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran diterajui...
MELAKA HARGAI JASA PESARA POLIS
SERI BENDAHARA 22 September - Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah lebih RM300,000 kepada pesara dan persatuan Polis Diraja Malaysia...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN KLEBANG BAWA MANFAAT PELBAGAI LAPISAN
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang memanfaatkan masyarakat setempat menerusi pelbagai bentuk...
RM7 JUTA DISALUR UNTUK LAKSANA PROJEK KECIL DUN RIM
RIM 22 September – Hampir RM7 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim dalam...
REZEKI ‘NEWBIE’, IKAN KURAU BAWA TUAH BUAT MOHD RIDZUAN DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 22 September - Rezeki tidak salah alamat. Itulah yang berlaku kepada Mohd Ridzuan Jaapar, 40, apabila ikan kurau...
MAIM HULUR SUMBANGAN BAIK PULIH KEMUDAHAN MAAHAD TAHFIZ KASYFUL-ULUM
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang membawa berita gembira buat Maahad Tahfiz...
