
Mayat pemancing lemas di Empangan Tasik Pedu ditemukan
ALOR SETAR, 19 Mei – Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemukan hari ini.
Ketua Zon I Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata mayat lelaki berusia 50-an itu ditemukan terapung pada 8.05 pagi.
“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.20 petang Khamis lepas berhubung kejadian lemas yang melibatkan dua mangsa lelaki yang sedang memancing di tasik berkenaan dengan menaiki bot.
“Bagaimanapun, seorang daripada mangsa berusia 55 tahun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada berhampiran kawasan kejadian manakala seorang lagi dipercayai lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi pencarian mangsa yang bermula sejak Khamis lepas turut membabitkan Unit Anjing Pengesan (K-9), Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan Sungai Petani serta anggota BBP Kuala Nerang.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ‘KILANG’ PEKERJAAN, KADAR PENGANGGURAN RENDAH
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Anak Melaka mempunyai prospek pekerjaan yang cerah susulan perkembangan sektor perindustrian yang terus membuka lebih...
MPHTJ TINGKAT OPERASI PREMIS WARGA ASING
AYER KEROH 5 Oktober - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meningkatkan operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh...
MeSRa: ANAK MUDA MELAKA DIBERI RUANG BERSUARA, BELAJAR MEMIMPIN
AYER KEROH 5 Oktober - Golongan belia di Melaka terus diberi ruang untuk menyuarakan pandangan, mengasah kepimpinan serta memahami proses...
MAIM SALUR LEBIH RM6 JUTA UNTUK BANTUAN PERUBATAN, KOS DIALISIS
KOTA LAKSAMANA 5 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membelanjakan lebih RM6.7 juta bagi tujuan bantuan berkaitan perubatan dan...
DISKAUN KOMPAUN MBMB RINGANKAN BEBAN RAKYAT, TINGKATKAN JUMLAH KUTIPAN HASIL
AYER KEROH 5 Oktober - Kutipan hasil kompaun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi kaunter bergerak Program MBMB Mesra (MeSRA)...
MELAKA HARGAI GOLONGAN BERUSIA, 2,000 WARGA EMAS NIKMATI KEMASUKAN KE LOKASI PELANCONGAN TERPILIH
AYER KEROH 5 Oktober - Seramai 2,000 warga emas termasuk peserta Karnival Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 menerima tiket percuma...
