
Mayat wanita terbakar, pemandu lori didakwa bunuh
KUALA TERENGGANU 11 Mei. – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sebuah jalan di sini dengan kesan terbakar pada keseluruhan badan.
Badrul Hisham Mat Jusoh, 37, dari Bukit Payong, Marang hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa telah membunuh Che Janiah Jaafar, 55, di Kilometer 16 Jalan Kelantan, Kampung Padang Air di sini antara 9.30 malam, 16 April dan 7.15 pagi, 17 April lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Nordiana menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada pagi 17 April lalu satu mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruhan badan ditemukan di tepi jalan di Kampung Padang Air di sini oleh pekerja kebersihan.
Mayat yang identitinya kemudian telah disahkan adalah Che Janiah dikatakan telah dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke lokasi penemuan dan dibakar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELABURAN CIPTA LEBIH BANYAK PEKERJAAN UNTUK ANAK MELAKA
GADEK 15 Jun - Pelaburan masuk ke negeri ini dianggap lebih bermakna apabila anak-anak Melaka mendapat peluang pekerjaan dan membina...
MELAKA CIPTA PELUANG PEKERJAAN BERTARAF TINGGI – AB RAUF
GADEK 15 Jun - Melaka menjadi perhatian rakyat Malaysia, apabila foto pencari kerja berbaris panjang untuk menghadiri sesi temu duga...
PELARIAN ROHINGYA PERLU PATUH UNDANG-UNDANG, HORMATI RAKYAT TEMPATAN – AB RAUF
GADEK 15 Jun - Kerajaan Melaka mengambil pendirian bertegas dan tidak akan berkompromi berhubung isu pelarian Rohingya terutamanya apabila melibatkan...
MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM AUTOMOTIF NEGARA
GADEK 15 Jun - Pelaburan baharu yang diterima secara tidak langsung membuktikan bahawa Melaka adalah sebuah negeri yang mempunyai kestabilan,...
INDUSTRI AUTOMOTIF JADI PEMANGKIN EKONOMI UTARA MELAKA
GADEK 15 Jun - Kemudahan mengecat badan kenderaan atau 'painting line' milik EP Manufacturing Berhad (EPMB) sedang dalam fasa pembinaan...
WRUR TELOK MAS: TOK AJAK IKTIRAF NELAYAN SEBAGAI PEJUANG LAUT
TELOK MAS 15 Jun – Golongan nelayan disifatkan sebagai pejuang laut yang memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan hasil laut...
