
MBMB giat laksana pengindahan landskap, pencahayaan
AYER KEROH 30 Oktober – Kira-kira RM1 juta dibelanjakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam melaksanakan projek pengindahan landskap dan pencahayaan membabitkan pemasangan lampu warna-warni di beberapa lokasi di bawah kawasan pentadbirannya.
Mengulas mengenai inisiatif itu, Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, projek pengindahan landskap dan pencahayaan turut ditumpukan di laluan pintu masuk ke Bandaraya Melaka.
Shadan, pelaksanaan itu bertujuan untuk merancakkan lagi persiapan bagi menghadapi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang berbaki tidak sampai dua bulan.
“Bagi kerja pengindahan dan pencahayaan ini lokasi terbaharu yang siap dilaksanakan adalah di bawah jejantas Cheng yang kini berwajah baharu.
“Dengan siapnya projek terbaharu ini MBMB menyediakan suasana malam yang berbeza dan menjadi tarikan buat orang ramai,” katanya.
Menurutnya, inisiatif sama juga sudah dilaksanakan di Air Terjun Bukit Sebukur, persimpangan Bukit Beruang, Pengkalan Rama, Taman Bunga Merdeka dan laluan dari MBMB hingga ke Banda Hilir,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
298,000 BELIA MELAKA ASET PALING BERHARGA – KM
AYER KEROH 9 Julai – Di sebalik pembangunan pesat sedang digerakkan Kerajaan Negeri, golongan belia dilihat sebagai aset paling berharga...
GANDINGAN ‘TOK RAUF’, ‘TOK AJAK’ SINARI PELANCONGAN MELAKA
TELOK MAS 8 Julai - Kejayaan sektor pelancongan yang semakin mendunia dan menggamit jutaan pelancong merupakan hasil visi serta idea...
MAIM PINDAHKAN PUSARA EMPAT SEKELUARGA BERUSIA LEBIH 60 TAHUN
SERKAM 8 Julai - Pusara empat sekeluarga berusia lebih 60 tahun di Mukim Merlimau, selamat dipindahkan ke lokasi perkuburan Islam...
DURIAN PERCUMA, RAKYAT HARGAI KEPRIHATINAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 8 Julai - Program makan durian percuma bukan sekadar untuk menyantuni dan berkongsi rezeki bersama rakyat, sebaliknya dilihat...
KAMPUNG PADANG SUDAH BERUBAH WAJAH
KESIDANG 8 Julai – Rumah Pangsa Kampung Padang yang dahulunya berdepan pelbagai masalah infrastruktur dan persekitaran kini berubah wajah hasil...
BUMBUNG BAHARU, BANTUAN BERMAKNA BUAT NELAYAN JAGA ISTERI HIDAP KANSER
SUNGAI RAMBAI 8 Julai - Di sebalik senyuman yang terukir, tersimpan kisah perjuangan hidup seorang nelayan yang bukan sahaja berdepan...
