
MBMB rangkul dua Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
SEPANG 12 November – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merangkul dua anugerah pada Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2020/2021 yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam tadi.
Majlis anjuran Majlis Negara Bagi Kesihatan dan Pekerjaan Malaysia itu diadakan bertujuan menghargai organisasi yang membudayakan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja.
Anugerah pertama diraih MBMB ialah Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara bagi Kategori Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Lebih membanggakan Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu turut meraih Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara Kategori Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik Sektor Awam dari Majlis Keselamatan Negara.
“Tahniah diucapkan kepada Datuk Zainal Abu kerana telah diiktiraf sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Sektor Awam dan seluruh warga kerja MBMB di atas pengiktirafan sebagai KKP Terbaik bagi Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan 2020/2021,” kata kenyataan yang dikeluarkan MBMB.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
