MBMB salur RM3.23 juta selenggara sistem perparitan di kawasan ‘hotspot’ banjir kilat

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 25 Jan. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperuntukkan lebih RM3.23 juta sepanjang 2019 hingga 2021 bagi menaik taraf dan menyelenggara sistem perparitan yang menjadi ‘hot spot’ banjir kilat di kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, antara lokasi itu adalah di Taman Terendak Permai Sungai Udang, Taman Tun Fatimah Durian Daun dan Taman Malim Jaya.

“Kita juga menubuhkan Ahli Projek Sistem Pengoperasian Pam Advanced (SPOP) dengan kerjasama rakan strategik MBMB iaitu TNB Research Sdn. Bhd. dan Intel Microelectronic (M) Sdn. Bhd.

“Projek inovasi MBMB ini direka untuk mengesan kadar kenaikan air sungai melalui aplikasi SPOP Advanced yang dipantau pegawai teknikal dan kontraktor penyelenggaraan bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat,” katanya kepada MHI.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu

Jelasnya, buat permulaan dua lokasi perintis projek itu dibuat di Jalan Bunga Raya Pantai dan Pulau Melaka.

“Penghasilan inovasi ini mampu memberi impak positif kepada masyarakat dan secara tidak langsung membantu mereka bersedia lebih awal sebelum berlakunya banjir kilat,” katanya.

Sementara itu, Zainal berkata, baru-baru ini MBMB turut membantu lima keluarga kakitangannya yang terjejas akibat bencana banjir di sekitar Temerloh dan Maran, Pahang.

Katanya, 25 kakitangan terdiri daripada ketua jabatan, pegawai kanan dan anggota MBMB dihantar untuk membantu misi pasca banjir di kedua-dua lokasi berkenaan.

“Misi bantuan tiga hari bermula 21 hingga 23 Januari lalu diketuai Pengarah Infrastruktur Komuniti dan Logistik MBMB, Ir. Mansor Mohamad.
“Kita turut mendapat kerjasama baik daripada Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin,” katanya.

Views:

719
Kongsi :
Previous post PKP 2.0: Bekalan makanan mencukupi
Next post Menjelang pengisytiharan Daerah Masjid Tanah, kerja pemasangan papan tanda giat dijalankan
Ubah saiz-+=