MBMB serbu premis dikendali pekerja asing

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 13 September – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) giat menjalankan operasi membanteras premis perniagaan dikendalikan pekerja warga asing dalam kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, terbaharu dalam Operasi Pemeriksaan Premis Perniagaan Yang Melibatkan Pekerja Warga Asing di Taman Bachang Permai dan Plaza Melaka Sentral, semalam, empat kedai dikenakan tindakan kompaun.

Jelasnya hasil operasi berasingan dari jam 11 pagi hingga petang Bahagian Penguatkuasa MBMB mendapati pengusaha berkenaan tidak mengikut syarat lesen iaitu meletakkan halangan ‘tred’ (barang perniagaan) di kaki lima hadapan premis.

“Barangan perniagaan dikesan diletakkan di kaki lima premis kemudian dipindahkan atas kesalahan membuatkan halangan di suatu tempat awam mengikut Seksyen 46 (1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Antara barangan perniagaan yang diletakkan di kaki lima seperti tong ais, meja dan bakul sayur-sayuran, tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan kerana ia secara tidak langsung menganggu orang awam yang melalui kawasan premis,” katanya ketika dihubungi.

Shadan berkata, MBMB akan terus mempergiatkan operasi sama bagi memastikan setiap pemilik, peniaga atau pekerja mengikut syarat lesen yang sudah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

16256
Kongsi :
Previous post Polis tahan bapa kandung, ibu tiri dera kanak-kanak 6 tahun
Next post Wanita warga emas kerugian RM1.4 juta terpedaya ‘phone scam’
Ubah saiz-+=