
MBMB STRUKTUR SEMULA TAPAK PENJAJA KLEBANG
KLEBANG 7 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjalankan operasi pemutihan bagi menstruktur semula penjaja di sekitar Jalan Utama Klebang hingga ke persimpangan Batang Tiga dan hadapan Taman Nirwana.
Operasi diketuai Setiausaha Bandaraya MBMB, Muhammad Firdaus Shariff itu melibatkan seramai 50 anggota daripada pelbagai jabatan MBMB serta kontraktor kebersihan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, operasi itu adalah usaha berterusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan persekitaran bandaraya kekal bersih, tersusun dan selesa untuk semua.
“MBMB telah memberikan notis awal kepada penjaja yang terlibat serta menawarkan alternatif lokasi perniagaan menerusi gerai kosong milik MBMB di kawasan berhampiran.
“Pendekatan ini dilaksanakan secara berhemah dengan mengambil kira kepentingan semua pihak, khususnya peniaga kecil yang mencari rezeki,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu, Shadan menegaskan bahawa MBMB akan memperkasakan penguatkuasaan secara adil dan telus dalam mewujudkan persekitaran bandar yang teratur, lestari dan mesra komuniti.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ‘KILANG’ PEKERJAAN, KADAR PENGANGGURAN RENDAH
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Anak Melaka mempunyai prospek pekerjaan yang cerah susulan perkembangan sektor perindustrian yang terus membuka lebih...
MPHTJ TINGKAT OPERASI PREMIS WARGA ASING
AYER KEROH 5 Oktober - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meningkatkan operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh...
MeSRa: ANAK MUDA MELAKA DIBERI RUANG BERSUARA, BELAJAR MEMIMPIN
AYER KEROH 5 Oktober - Golongan belia di Melaka terus diberi ruang untuk menyuarakan pandangan, mengasah kepimpinan serta memahami proses...
MAIM SALUR LEBIH RM6 JUTA UNTUK BANTUAN PERUBATAN, KOS DIALISIS
KOTA LAKSAMANA 5 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membelanjakan lebih RM6.7 juta bagi tujuan bantuan berkaitan perubatan dan...
DISKAUN KOMPAUN MBMB RINGANKAN BEBAN RAKYAT, TINGKATKAN JUMLAH KUTIPAN HASIL
AYER KEROH 5 Oktober - Kutipan hasil kompaun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi kaunter bergerak Program MBMB Mesra (MeSRA)...
MELAKA HARGAI GOLONGAN BERUSIA, 2,000 WARGA EMAS NIKMATI KEMASUKAN KE LOKASI PELANCONGAN TERPILIH
AYER KEROH 5 Oktober - Seramai 2,000 warga emas termasuk peserta Karnival Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 menerima tiket percuma...
