MBMB Warriors jaguh futsal Melaka 2021

Masa Membaca:59 Saat

PAYA RUMPUT 28 Mac – MBMB Warriors FC mencipta kejutan apabila merampas takhta juara Liga Futsal Melaka 2021 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Komuniti Paya Rumput Krubong semalam.

Skuad kendalian Razman Abdul Razak itu mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas White Star FC sekali gus menjadi kejuaraan sulung pasukan berkenaan sejak menyertai Liga Futsal Melaka.

Selaku johan, MBMB Warriors FC membawa pulang wang tunai RM4,000, piala pusingan dan medal, manakala White Star FC menerima RM2,000 dan medal.

Tempat ketiga menjadi milik pasukan Sri Peringgit Bersatu FC yang menewaskan PERMA FC dalam aksi penentuan ketiga dan keempat sekali gus membawa pulang RM1,000 dan medal.

Tuah sekali lagi memihak MBMB Warriors FC apabila pemainnya, Muhammad Danish Zul Azril dinobat pemain terbaik kejohanan.

Perlawanan akhir itu turut disaksikan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi serta Pengarah Teknikal yang juga Ketua Jurulatih Futsal Kebangsaan Chiew Chun Yong.

Hadir sama, Naib Presiden MUSA, Datuk Khairi Anuar Ahmad dan Noor Azman Rahman, Setiausaha Agung MUSA Ir Ahmad Roslee Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai MUSA, Ridzuan Ahmad serta barisan Exco MUSA.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2199
Kongsi :
Previous post A memory not having a mind:How just one cell slime mould makes smart choices without having a central anxious system
Next post 10,068 saman selesai, lebih RM1 juta hasil dikutip
Ubah saiz-+=