Sorting by

×

MCMC komited selesai masalah liputan komunikasi di Durian Tunggal

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

DURIAN TUNGGAL 6 September – Masalah liputan telekomunikasi kurang memuaskan yang membelenggu penduduk di Taman Ambassador Village, di sini, mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Hasil aduan yang dibangkitkan penduduk, MCMC mengambil langkah proaktif dengan mengadakan pertemuan bersama penduduk pada 1 September lalu.

Komunikasi Korporat MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan, menerusi pertemuan tersebut pihak suruhanjaya telah menjalankan aktiviti pengauditan perkhidmatan komunikasi talian mudah alih di lokasi aduan.

Jelas kenyataan tersebut, hasil pengauditan mendapati bempat syarikat penyedia perkhidmatan tidak mematuhi standard mandatori kualiti perkhidmatan yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, MCMC akan mengeluarkan notis di bawah subseksyen 51 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) kepada empat penyedia perkhidmatan berkenaan meminta mereka untuk memberikan penjelasan lanjut serta mendapatkan pelan penyelesaian interim dan jangka panjang bagi menangani masalah liputan komunikasi di kawasan yang terkesan itu.

“Di samping itu, MCMC turut berkongsi rancangan sedia ada yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan komunikasi di Taman Ambassador Village,” kata kenyataan tersebut.

Jelas MCMC antara perancangan yang sedang dilakukan ialah pembinaan rangkaian gentian optik di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sedang dilaksanakan di lokasi aduan.

Menurut kenyataan berkenaan, projek berkenaan dijangka siap menjelang akhir tahun 2023 yang bakal memanfaatkan 250 orang penduduk.

“MCMC akan terus memantau dan memastikan liputan komunikasi di lokasi tersebut dalam keadaan yang optimum demi keselesaan penduduk,” tambah kenyataan berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1247
Kongsi :
Previous post Guna saluran yang betul bantu masalah komuniti
Next post Kastam rampas lebih 436 kg dadah bernilai RM32 juta di KLIA
Ubah saiz-+=