Guna saluran yang betul bantu masalah komuniti

Masa Membaca:57 Saat

PENGKALAN BATU 6 September – Penyampaian aduan yang tepat dalam kalangan komuniti penting bagi memastikan setiap permasalahan itu dapat diselesaikan oleh agensi yang berkaitan.

Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Melaka Zulkifli Hanafiah berkata, dalam memastikan masyarakat dan komuniti menyampaikan aduan dengan tepat, satu medium penyampaian perlu diketengahkan.

“Justeru itu, kita melaksanakan Program Perkasa Komuniti iaitu satu medium penyampaian maklumat perkhidmatan JKM bersama beberapa agensi kerajaan lain termasuk Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Menerusi program ini pimpinan masyarakat dan komuniti dapat menyalurkan permasalahan terus mengikut saluran yang betul dan tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin sempena Program Perkasa Komuniti Negeri Melaka 2023 di Japerun Pengkalan Batu pada Selasa.

Menurut beliau, sesi advokasi kepada komuniti turut disediakan sepanjang program berlangsung agar mereka peka dan cakna mengenai keperluan penduduk setempat.

“Apabila sesuatu aduan atau pemasalahan itu terus disampaikan kepada agensi yang betul secara tidak langsung penyelesaian dapat dilakukan dengan segera.

“Secara tidak langsung program sebegini juga dapat menjalinkan kerjasama erat antara agensi yang terbabit, pimpinan masyarakat serta komuniti setempat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1126
Kongsi :
Previous post Restoran terapung bakal dibina di Paya Lebar
Next post MCMC komited selesai masalah liputan komunikasi di Durian Tunggal
Ubah saiz-+=