Medan percambahan minda belia

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 20 November – Komuniti belia di negeri ini disaran untuk berkongsi idea dan pandangan dalam menghasilkan inisiatif bermanfaat serta mampu menjamin kelangsungan agenda pembangunan golongan itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Melaka, Sidang 1 Penggal Ke-34 Sesi 2023-2024 dianjurkan adalah medan terbaik bagi membincangkan hala tuju golongan itu terutama dalam mendepani cabaran dunia digital.

Cakna dengan masa depan belia, Ab Rauf berharap agar satu keputusan dapat dimuktamadkan menerusi persidangan itu bagi memastikan setiap usul yang dibincangkan mencapai kesepakatan dalam kalangan peserta.

“Golongan muda dan komuniti belia perlu bersedia dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang selari dengan tuntutan zaman serta perkembangan teknologi bagi mendepani pelbagai cabaran pada masa kini.

“Dalam hal ini, semua kepimpinan institusi belia dan pemegang taruh komuniti belia hendaklah menggembleng segala usaha bagi meningkatkan potensi, bakat, jati diri, pemikiran, keterampilan komuniti belia, seiring dengan idealism, aktivisme serta intelektualisme,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian persidangan itu yang berlangsung di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam; Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka, Khairul Adri Rosli.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

512
Kongsi :
Previous post Utamakan lagu tradisional, Dondang Sayang
Next post Kemuka hasil lawatan kerja pada Belanjawan Melaka 2024
Ubah saiz-+=