Media bantu pupuk kesedaran pengurusan sisa pepejal – SWM Environment

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 21 Disember – Media merupakan penghubung merangkap rakan strategik SWM Environment Sdn Bhd dalam membantu melaporkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di Negeri Melaka.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, melalui pelaporan media juga, ia berjaya memupuk kesedaran orang awam mengenai pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar.

“Media membantu kita dalam kempen pengasingan sisa pepejal di punca (SAS), program kitar semula berganjaran, KITARRecycle dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SWM Kasih.

“Terima kasih media kerana memberi peluang kepada kita untuk mempromosi KITARecycle, ini sekali gus memperluaskan tentang kewujudan program ini yang diwujudkan oleh SWM Environment,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) Kali Ke-3 di sebuah hotel di sini, malam tadi.

IMG-20221221-WA0009
HEE Sem, Norlisam bersama kakitangan SWM Environment yang terlibat pada majlis itu.

Majlis itu dirasmikan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem.

Hadir sama Pengerusi PENDIKA, Amir Mamat; Penasihat PENDIKA, Nasharuddin Muhammad dan ahli-ahli PENDIKA.

Ujarnya lagi, SWM Environment menyediakan platform bagi menggalakkan aktiviti kitar semula dengan kaedah mesra pengguna.

“Pengguna hanya perlu daftar sebagai ahli KITARecycle di laman sesawang www.kitarecycle.com atau muat turun aplikasi ini.

“Selepas itu pengguna boleh mengumpul mata ganjaran untuk ditukar dengan wang tunai melalui perbankan dalam talian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1561
Kongsi :
Previous post Pintu gerbang selatan Melaka berwajah baharu
Next post Tanah runtuh : Operasi SAR diteruskan hari keenam
Ubah saiz-+=