Media penyampai dasar dan hasrat kerajaan – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

KUALA LUMPUR 20 Jun – Peranan media sangat penting sebagai penghubung wadah dalam menyampaikan setiap dasar dan program direncanakan oleh kerajaan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan media di negara ini terus dikekalkan supaya pembangunan diterajuinya bersama barisan kepimpinan tertinggi negeri memajukan Melaka dapat disampaikan kepada rakyat.

“Selain merapatkan ukhuwah, saya juga berkongsi mengenai dasar dan hala tuju pembangunan yang hendak dipacu di Negeri Melaka di bawah pentadbiran saya.

“Antaranya, pembangunan perindustrian dan pelaburan baharu di Melaka, serta Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024),” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasminya di sini.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan bersama pengarang media pada Majlis Ramah Mesra di Rumah Melaka, di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Bin Johari; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan Along, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.

354563923_693422866129741_8884835158811387336_n
ANTARA pengarang media yang hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama media di Rumah Melaka, Kuala Lumpur

Ab Rauf berkata, beliau bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri akan membangunkan Melaka dengan diiringi bantuan rakan media merealisasikan pembangunan itu.

“Saya akan sama-sama membina Melaka dengan kepimpinan yang ada dan saya mohon pihak media bersama-sama dengan Kerajaan Negeri bagi memajukan Melaka, sebuah negeri yang kecil sekarang ini.

“Dahulu, ianya sebuah negeri yang hebat tetapi dikecilkan dengan penjajahan dan insya-Allah Melaka akan bangkit menjadi ‘catalyst’ ekonomi dengan terbinanya beberapa pelabuhan baharu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1232
Kongsi :
Previous post Melaka terima zakat perniagaan lebih RM7 juta
Next post Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM 2023 untuk calon persendirian dilanjutkan
Ubah saiz-+=