Melaka terima zakat perniagaan lebih RM7 juta
SERI NEGERI 20 Jun – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menerima zakat perniagaan bernilai RM7,642,949.50 juta daripada agensi-agensi korporat, hari ini.
Mohd Ali menerima zakat itu pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bersama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Utama Pejabat Yang di-Pertua Negeri.
Sebanyak 14 agensi korporat terlibat masing-masing telah membayar zakat perniagaan mereka bagi memenuhi tuntutan lapan asnaf zakat di Negeri Melaka.
Hadir sama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri mewakili Ketua Menteri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh dan Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Zahari Abd Kalil.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Rawi Mahmud; Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Ibrahim Fadzil dan lain-lain kenamaan.
Dalam majlis itu, Tun Mohd Ali turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada agensi-agensi korporat yang telah melaksanakan tanggungjawab untuk membayar zakat perniagaan mereka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.