Melaka 95 peratus sedia hadapi SUKMA XX

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 4 September – Persediaan kontinjen Melaka ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Edisi ke-20 sudah mencecah sehingga 95 peratus, kata Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam .

Beliau berkata sehingga kini, kesemua 31 persatuan yang menghantar seramai 459 atlet itu telah bersedia hampir sepenuhnya.

Katanya, kurang lima peratus itu pula merujuk kepada persiapan fizikal atlet-atlet, meskipun secara keseluruhannya semua sudah bersedia.

“Sebenarnya dari segi persiapan kita sudah mencapai 95 peratus, kurang dua minggu lagi SUKMA, persiapan atlet-atlet dari segi fizikal dan mental memang terjaga.

“Untuk semua kategori sukan yang dipertandingkan juga, semua atlet telah dipilih dan tiada lompong seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir ke Majlis Penutup Kejohanan Kejohanan Badminton Piala Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Abd Rahman di Dewan Mini Bestari, di sini.

Dalam pada itu, Shanmugam berkata, Melaka merupakan antara negeri terawal yang membuat penyerahan bendera kepada 31 persatuan sukan yang menghantar atlet ke SUKMA.

Terdahulu, Majlis Penyerahan Bendera Negeri Melaka kepada Ketua Kontinjen Sempena Sukan Malaysia XX, Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Auditorium Masjid Al Azim, semalam.

Pada majlis itu juga, Sulaiman mengumumkan Shanmugam sebagai Chief De Mission (ketua kontinjen) Melaka ke SUKMA ke-20.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1758
Kongsi :
Previous post Tablet PerantiSiswa diberi terus, tak perlu pulang balik – PM
Next post Tun Dr Mahathir dibenar keluar IJN pagi tadi
Ubah saiz-+=