Melaka ‘after dark’ sempena TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 29 Mei – Sebagai usaha untuk menceriakan Melaka pada waktu malam, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menceriakan lokasi-lokasi pelancongan dengan lampu hiasan berwarna warni.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata peruntukan sebanyak RM500,000 dimanfaatkan bagi menaik taraf limpahan hiasan lampu bagi menerangi kawasan di bawah pentadbiran MBMB sehingga ke Bandar Hilir.

Katanya, tujuan tersebut bagi memberikan keselesaan dan menikmati keindahan waktu malam kepada pengunjung dan warga setempat memandangkan Melaka merupakan negeri pelancongan.

“‘Melaka after dark’ diberi nama untuk inisiatif menceriakan Melaka pada waktu malam sempena Tahun Melawat Melaka 2024.

“Antara lokasi yang dipasang lampu hiasan adalah seperti di lokasi ikonik, air terjun Bukit Sebukor, Bandar Hilir, Sungai Melaka dan jalan raya utama di bawah pentadbiran MBMB,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2023-05-29 at 3.46.52 PM
SUASANA air terjun Bukit Sebukor yang dipasang lampu hiasan menceriakan suasana Malam di Melaka

Mengulas lanjut, Shadan berkata pencahayaan tersebut akan diteruskan sehingga menjelang TMM2024.

“Pada tahun hadapan, sudah pasti MBMB akan membuat pencahayaan yang lebih baik dan lokasi akan bertambah.

“Kita mahu menyambut pengunjung ke Melaka, jadi ini antara usaha memperindahkan Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4991
Kongsi :
Previous post Bina jalan ‘elevated’ elak kerosakan alam sekitar
Next post Aksi spontan bersilat, penjawat awam juara kostum cosplay
Ubah saiz-+=