Melaka anjur Kejohanan PUBG Mobile

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KEJOHANAN sukan elektronik PUBG Mobile peringkat negeri diadakan secara atas talian pada 19 hingga 22 November 2020 sebagai usaha memantapkan pembangunan sukan elektronik (e-sport) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pertandingan anjuran Jabatan Belia san Sukan (JBS) Melaka menerusi kerjasama Variaux e-Sports Club dan Kelab Bola Sepak Taming Sari mampu menggalakkan pengisian masa terluang belia di negeri ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, sukan yang menjadi tumpuan belia pada masa ini mampu mencungkil bakat dalam industri permainan video sekali gus memupuk semangat berdaya saing dalam pembangunan ilmu pengetahuan selari dengan kecanggihan teknologi.

“Pertandingan yang diadakan terbuka secara percuma akan dipertandingkan pada pelbagai peringkat usia dan dibahagikan dengan dua kategori iaitu solo dan kategori skuad.

“Hadiah lumayan bakal ditawarkan kepada pemenang dengan membawa pulangan sebanyak RM3,250 pada mata terkumpul.

“Setakat ini sebanyak 384 penyertaan telah didaftarkan diterima JBS Melaka dan mereka yang berminat menyertai dibuka khasnya buat golongan belia di negeri ini dengan melayari laman Facebook Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi mendapatkan maklumat lanjut,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyertai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) diadakan melalui atas talian di Pejabat Jabatan Belia dan Sukan, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah JBS Melaka, Noorman Ramlan.

Views:

778
Kongsi :
Previous post Pelamin angan musnah dek banjir
Next post Banjir terburuk sejak tujuh tahun lalu
Ubah saiz-+=