Melaka bangkit semangat kepahlawanan Melayu

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 26 Julai – Penganjuran Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 yang menjadikan Melaka sebagai tuan rumah amat bertepatan dengan kebangkitan semangat kepahlawan Melayu.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin berkata ia berikutan Melaka adalah negeri bermulanya sejarah kepahlawanan Melayu.

Malah, katanya penganjuran kejohanan itu turut mendapat sambutan menggalakkan selepas beberapa kali ditangguh akibat COVID-19.

“Malaysia hari ini dilanda fenomena kebangkitan kepahlawanan Melayu apabila filem dunia persilatan kepahlawan Melayu ‘Mat Kilau’ turut ditayangkan.

“Jadi, amat berteparan kejuaraan ini dianjurkan di bumi Malaysia, apatah lagi di Melaka, di mana bermula sejarah kepahlawanan Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Kejuaraan itu dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) Datuk Seri Probowo Subianto; Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Penasihat Kehormat PESAKA Datuk Seri Najib Razak; Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Norza Zakaria, Presiden PESAKA Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1293
Kongsi :
Previous post Tun Mohd Ali rasmi Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022
Next post 85 negara iktiraf sukan pencak silat
Ubah saiz-+=