
Melaka bekalkan WiFi percuma
AYER KEROH 9 Dis. Perkhidmatan WiFi percuma akan dibekalkan kerajaan negeri menjelang tahun hadapan bagi memudahkan akses rakyat seriring dengan hasrat Pelan Jalinan Digital Negara.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Hj Sulaiman Md. Ali berkata, perkhidmatan internet percuma itu akan dibekalkan dalam premis kerajaan termasuk di lokasi titik panas (hotspot) pelancongan negeri ini.
Menurutnya, inisiatif terbabit turut diperluaskan kepada 28 pejabat Japerun di negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Melaka 2021 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, sebentar tadi.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB BELI MINYAK MASAK TERPAKAI RM3.20 SEKILOGRAM
AYER KEROH 16 Mei - Sebanyak 2.5 tan minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan menerusi Program Anda Kitar Kami Bayar (AKKB)...
BANDA HILIR ‘HIDUPKAN’ PERMAINAN RAKYAT
BANDA HILIR 16 Mei - Permainan rakyat yang pernah menjadi medium penyatuan masyarakat suatu ketika dahulu wajar dihidupkan semula menerusi...
MELAKA BAKAL PERKENAL ‘PENTERNAKAN IKAN DIGITAL’
MERLIMAU 16 Mei - Penternakan ikan di Melaka bakal ditransformasikan dengan pengenalan sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai...
589 ‘KANTOI’ BUANG SAMPAH DI MELAKA, 17 KENA PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT
AYER KEROH 16 Mei - Sebanyak 589 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dikeluarkan terhadap individu yang didapati membuang sampah kecil merata-rata...
LEMBU, KERBAU TANPA ‘TAGGING’ DI MELAKA BOLEH DIANGGAP TIADA TUAN
MERLIMAU 16 Mei - Melaka mewajibkan semua lembu dan kerbau ternakan di negeri ini dipasang 'tagging' pada telinga sebagai langkah...
MELAKA SALUR RM16.96 JUTA PERKUKUH PERTANIAN, KETERJAMINAN MAKANAN
MERLIMAU 16 Mei - Sejumlah RM16.96 juta telah diperuntukkan menerusi bajet negeri bagi memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan dalam...
