Pusat rekreasi Pantai Puteri dibangunkan tahun depan

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 9 Dis. – Kerajaan negeri komited membangunkan pusat rekreasi pesisir pantai di Pantai Puteri untuk memperkasa tarikan pelancong ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, sasaran bagi membangunkan kawasan terbabit telah dirancangnya sebelum ini bagaimanapun ia tertangguh akibat penularan pandemik COVID-19, namun yakin kerja berkaitan akan diteruskan tahun depan.

“Kita yakin, sekiranya ada perkembangan positif berhubung penularan pandemik ini, kerajan negeri komited membangunkan hasrat itu menjelang tahun 2021.

“Berhubung tarikan termasuk Pesta Budaya yang sebelum ini merupakan tarikan kawasan tersebut turut akan diteruskan, bagaimanapun ia perlu dinilai semula dalam aktiviti yang dianjurkan.

“Difahamkan melalui penganjuran itu terdapat aktiviti seperti Mandi Safar serta pelbagai lagi, bagaimanapun kita perlu melihat lunas-lunas peraturan syariah dalam perkara ini.

“Cadangan Pesta Budaya Pantai Puteri adalah satu strategi terbaik namun, kita perlu memandang serius terhadap adab kesopanan orang Melayu dan budaya Asia di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan dan tambahan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) pada Persidangan Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 diadakan di Seri Negeri, hari ini.

Views:

282
Kongsi :
Previous post Bayi 9 Disember dapat RM150
Next post Melaka bekalkan WiFi percuma
Ubah saiz-+=