Melaka benar solat Jumaat kapasiti penuh bermula 1 Oktober

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 29 Sept – Solat Jumaat di masjid dan surau di negeri ini dibenarkan mengikut kapasiti penuh dengan penjarakan fizikal bermula 1 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ketetapan baharu itu susulan Melaka telah memasuki fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) 4 September lalu.

Katanya, ketetapan baharu itu terpakai bagi solat Jumaat di semua masjid kerajaan, masjid kariah atau institusi dan surau Jumaat dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP)

“Solat Jumaat dalam bangunan masjid yang jemaah biasa bersolat dibenarkan berdasarkan kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Pembinaan khemah tambahan adalah dilarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Manakala bagi solat fardu dan solat jenazah pula katanya, syarat sama terpakai, namun hanya dibenarkan maksimum 500 jemaah bagi masjid kerajaan.

Bagi masjid kariah dan institusi pula katanya, jumlah maksimum dibenarkan hanya 200 orang selain surau Jumaat maksimum 100 orang.

“Aktiviti di masjid dan surau yang masih ditangguhkan adalah penganjuran majlis yang melibatkan perhimpunan ramai, jamuan, kecuali agihan makanan berbungkus dibenarkan.

“Turut dibenarkan adalah warganegara asing untuk menghadiri aktiviti pengimarahan namun perlulah lengkap vaksin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1197
Kongsi :
Previous post Lebih 100,000 veteran ATM belum mendaftar dengan JHEV- Ikmal Hisham
Next post MTL: APM tingkatkan kesiapsiagaan selamatkan mangsa lemas positif COVID-19
Ubah saiz-+=