Melaka boleh capai peralihan fasa – Rahmad

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

BATU BERENDAM 29 Jun – Melaka boleh mencapai peralihan fasa sekiranya data kes COVID-19 dari penjara dikeluarkan memandangkan kebanyakkan kes itu adalah dari negeri luar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia berikutan jumlah kes harian COVID-19 yang direkodkan tinggi berpunca daripada data pesakit positif di penjara.

“Kita nak capai ‘ambang nilai’ perlu berdasarkan pencapaian 10 peratus suntikan vaksin bagi kedua-dua dos, sekiranya pencapaian melebihi 10 peratus, kita boleh beralih fasa.

“Keduanya, adalah unit rawatan rapi (ICU), ICU ini mestilah di bawah 70 peratus pesakit COVID-19 dan ketiga, kes harian tapi ia berdasarkan purata seminggu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bagi menyantuni pengamal media yang mendapatkan suntikan vaksin di PPV CTRM, hari ini.

Katanya, setakat ini kebanyakan kes COVID-19 datangnya daripada penjara dan orang tahanan dari luar.

“Contohnya semalam kita ada 74 kes, tapi melalui keputusan mesyuarat jawatankuasa teknikal dan mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negeri (MKN), kita telah masukkan sekali data penjara dan orang tahanan.

“Ia tak adil kerana kes penjara ini ada datang dari negeri luar selain Melaka, jadi kita akan keluarkan data dari penjara dan orang tahanan untuk memastikan nilai pencapaian kita adalah 12.2 peratus bagi 100,000 penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, ujarnya Negeri Melaka setakat ini telahpun menerima 199,805 dos vaksin.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 184,376 meliputi 94 peratus dos vaksin telah pun diberikan kepada rakyat di negeri ini.

“Di Melaka jumlah keseluruhan penduduk seramai 932,700 orang, bagi yang berumur 18 tahun ke atas dan layak diberi vaksin adalah seramai 677,400 orang dan daripada jumlah ini yang sudah berdaftar adalah seramai 494,492 orang.

“Jika mengikut populasi sebanyak 53 peratus telah berdaftar, tetapi jika mengikut umur 18 tahun ke atas sebanyak 73 peratus penerima vaksin telahpun berdaftar,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

341
Kongsi :
Previous post Melaka tambah vaksin, tiada lagi penutupan PPV – Rahmad
Next post 90 peratus ahli Parlimen selesai diberi suntikan vaksin – Mohamad Ali
Ubah saiz-+=