Melaka tambah vaksin, tiada lagi penutupan PPV – Rahmad

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BATU BERENDAM 29 Jun – Kerajaan negeri bakal menerima pertambahan 21,000 dos vaksin bagi kegunaan Jun sekali gus mengelakkan penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, penambahan vaksin diberikan selepas Negeri Melaka mengalami kekurangan bekalan vaksin baru-baru ini.

“Saya dapat berita baik kita dapat tambahan untuk minggu ini, esok ataupun lusa yang mana kita menerima lagi 21,000 dos vaksin untuk kegunaan Jun, Insya-Allah kita akan buat penyesuaian, mungkin tidak berlaku penutupan PPV lagi.

“Alhamdulillah difahamkan juga mulai bulan Julai kita akan mula menerima sebanyak 360,000 dos vaksin untuk negeri Melaka bagi bulan Julai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di PPV CTRM bagi menyantuni pengamal media yang mendapatkan suntikan vaksin, hari ini.

Jelas Rahmad dengan penambahan dos vaksin itu Negeri Melaka akan mencapai lebih cepat sasaran suntikan untuk dan berpindah lebih awal ke fasa tiga.

“Kita sekarang berada di fasa dua untuk umur 60 tahun ke atas, dengan jumlah vaksin yang banyak Insya- Allah kita boleh berpindah awal ke fasa tiga untuk ‘first dose’.

“Kita juga sedang merencana untuk membuka lagi banyak PPV Awam seperti di Selandar, Umbai dan sebagainya,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

363
Kongsi :
Previous post Yang Dipertua Dewan Negara, Dewan Rakyat menghadap Agong
Next post Melaka boleh capai peralihan fasa – Rahmad
Ubah saiz-+=