Melaka cadang bina lapangan terbang baharu

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 9 Dis – Kerajaan negeri bercadang untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di lokasi baharu yang terletak di dalam kawasan Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, pembinaan lapangan terbang itu bakal menjadi pemangkin pelaburan ekonomi pada masa depan.

Jelasnya, dalam pada itu Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga akan menyediakan Program Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Bersama dan Dana Promosi Pelancongan Antarabangsa Langkawi, bagi merancakkan lagi sektor penerbangan negeri bersejarah ini.

“Bagi perancangan jangka panjang, kita bercadang untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang baharu di koridor M-WEZ, sebagai pemangkin pelaburan
ekonomi masa depan.

“Di samping itu, MAHB juga menyediakan Program Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Bersama dan Dana Promosi Pelancongan Antarabangsa Langkawi, untuk menambahkan penerbangan serta merancakkan lagi sektor penerbangan di Melaka.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Tahun 2021 Negeri Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri, Kompleks Seri Negeri, sebentar tadi.

Sulaiman berkata, seiring dengan hasrat kerajaan negeri untuk merancakkan ekonomi bersama Singapura, High Speed Rail (HSR) akan diteruskan bersama negara jiran itu.

Jelasnya, bagaimanapun pembinaan HSR itu tertakluk kepada perbincangan selanjutnya.

Views:

2415
Kongsi :
Previous post Bantuan khas minima RM1,000 buat penjawat awam Melaka
Next post Pengayuh beca hargai inisiatif Belanjawan Melaka 2021
Ubah saiz-+=