Melaka cadang wujud program khas vaksinasi sektor pelancongan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 7 Ogos – Kerajaan negeri bercadang mewujudkan program vaksinasi khas untuk sektor pelancongan sebagai persiapan awal sejurus sektor itu dibenarkan beroperasi semula.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, sektor peruncitan menerusi Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat dan kerajaan negeri sedang berusaha untuk mendapatkan program vaksinasi khusus untuk sektor pelancongan.

Katanya, cadangan untuk melaksanakan vaksinasi dalam kalangan pemain industri sudah dirancang berikutan Melaka ada negeri pelancongan.

“Memang ada cadangan dan perancangan sebab kita mesti bersedia apabila sektor pelancongan dibuka (semula), maknanya sektor pelancongan itu beroperasi, kita sudah sedia (lengkap divaksin),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid Al-Alami di sini hari ini.

Hadir sama, Penasihat Agama Ketua Menteri, Datuk Kamarudin Sidek dan Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata pihaknya sudah menerima senarai nama pekerja sektor berkenaan untuk menerima suntikan vaksin.

“Saya dah hantar (senarai nama) mereka yang layak cuma kelulusan itu bukan di bawah (keputusan) saya, ianya kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Melaka ada negeri pelancongan dan kita mohon sektor ini iaitu staf atau pekerja dalam sektor tersebut diberikan vaksinasi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

348
Kongsi :
Previous post Vaksinasi ‘walk-in’ untuk golongan khas akan diperluas ke seluruh negara
Next post RM1 juta untuk bantu urus mayat selain Islam di PUSARA HKL
Ubah saiz-+=