Melaka cadang wujudkan perkhidmatan teksi udara

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 14 Julai – Dalam usaha menjadikan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) lebih mampan, kerajaan negeri berhasrat untuk mewujudkan perkhidmatan teksi udara atau ‘air taxi’ ke bandar-bandar utama di negara ini.

EXCO Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, perkhidmatan teksi udara itu akan menggunakan pesawat lebih kecil, ringan dan kos efisien ke bandar utama di Semenanjung Malaysia seperti Ipoh, Alor Setar, Kota Bahru dan Kuala Terengganu.

Katanya, cadangan itu bagi mengelakkan kesesakan jalan raya yang melampau terutama ketika menjelang musim perayaan.

“Ia satu perkara baharu, yang mungkin tidak mendapat sambutan namun kita perlu mengubah kaedah dan mentaliti rakyat bahawa perkhidmatan itu boleh digunakan sebagai alternatif menggunakan penerbangan pesawat kecil sebagaimana secara insentifnya digunakan di Sabah dan Sarawak.

“Penggunakan pesawat kecil ini boleh digunakan oleh rakyat, jadi kita mahu bawa konsep ini ke Melaka sekali gus menjadi satu alternatif untuk kita merencanakan LTAM ini sebagai hab penggunaan pesawat ringan,” katanya pada sidang media di pejabat Tourism Melaka, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Syarikat Straits Connect (M) Sdn Bhd juga berhasrat untuk menyediakan penerbangan sewa khas daripada LTAM ke Jakarta, Indonesia sebagai usaha menarik lebih ramai lagi pelancong kesihatan ke negeri ini.

“Penerbangan sewa khas ini dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Ogos 2022.

“Selain itu, kerajaan negeri juga menerima permohonan Syarikat World Asia Logistics (M) Sdn Bhd yang ingin menjadikan LTAM sebagai hab kargo utama di Malaysia namun perkara itu masih dalam perbincangan bersama Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB).

Jelasnya, pihaknya yakin dalam pelbagai usaha yang dilakukan dalam usaha merancakkan semula operasi LTAM, lebih ramai pelancong akan berkunjung ke negeri ini tertuamanya pelancong kesihatan dari Riau, Indonesia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1329
Kongsi :
Previous post Jemaah Malaysia pulang ke tanah air bermula 17 Julai
Next post Seorang wanita maut dalam kemalangan babit lori muatan pasir, 21 basikal
Ubah saiz-+=