
Seorang wanita maut dalam kemalangan babit lori muatan pasir, 21 basikal
PASIR PUTEH, 14 Julai – Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang kanak-kanak parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan antaranya dua lori muatan pasir dan besi serta 21 basikal, di Jalan Kamunting, di sini, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh Azhar Elmi Mustofar berkata sebuah lori yang membawa muatan besi terbalik sebelum menghempap kenderaan lain dalam kejadian pukul 9.05 pagi itu.
“Kenderaan yang terbabit adalah dua lori muatan pasir dan besi, 21 basikal, satu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner, tiga kereta dan dua motosikal.
“13 anggota dan pegawai dari BBP Pasir Puteh dan Tok Bali dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan mengenai kemalangan itu dan mendapati lima mangsa iaitu seorang wanita dewasa meninggal dunia, seorang kanak-kanak parah dan tiga lagi cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh manakala kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian selesai pada pukul 11 pagi tadi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
