Melaka destinasi pilihan pelaburan

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 20 Julai – Lokasi strategik serta kos perniagaan yang relatif dan murah menjadikan Melaka mempunyai daya penarik untuk memikat para pelabur ke negeri ini.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam berkata, ia sekali gus menggalakkan kemasukan pelaburan asing dan domestik di Melaka.

“Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan agensi kerajaan yang berkaitan.

“Memandangkan persekitaran semasa mencabar, pendekatan perniagaan seperti biasa tidak dapat dipraktikkan, ini peluang buat Melaka khususnya untuk membawa masuk pelaburan bernilai tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.

Ujarnya, usaha itu sekali gus mendorong lebih banyak perniagaan tempatan melabur dalam industri berpotensi tinggi seperti aktiviti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Melaka juga setaraf dengan bandaraya warisan dunia dalam capaian jalur lebar internet berkelajuan tinggi serta Indeks Tempoh Purata Gangguan Bekalan Elektrik (Saidi) yang lebih rendah.

“Kita mesti ambil peluang supaya Melaka menjadi destinasi pilihan pelaburan, pelaksanaan ini harus berjalan seiring dengan tindakan di peringkat kerajaan negeri,” katanya lagi.

Mohd Ali berharap hasrat membangunkan pusat data daripada syarikat gergasi dunia di Negeri Melaka akan menjadi kenyataan.

Views:

438
Kongsi :
Previous post Melaka sedia anjur konsert untuk tarik pelancong domestik
Next post Pemakaian pelitup muka di tempat awam mungkin diwajibkan
Ubah saiz-+=