
Melaka dipilih bangunkan Program Smart Grid
AYER KEROH 15 Sept. – Majlis Pelancaran Projek Kesedaran dan Demonstrasi Grid Pintar di Melaka 2020 telah dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali di Hotel Ames, di sini hari ini.
Ketibaan beliau sekitar jam 3.30 petang dihotel tersebut telah disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Zainal Abidin Abu Hassan serta tetamu lain.
Menerusi program berkenaan, Melaka merupakan antara 28 bandar terpilih dari 11 negara di dunia ini bagi menjalankan projek demonstrasi grid pintar tersebut sekali gus menjadikan sebuah bandar yang dilengkapi dengan teknologi maklumat dan komunikasi inovatif.
Projek yang merupakan anjuran Global Environment Facility (GEF) merupakan sebahagian daripada komponen bagi Projek Pembangunan Bandar Lestari dengan membangunkan projek grid pintar di negeri ini.
Ia juga merupakan inisiatif bersepadu bagi mencapai objektif pengurangan pelepasan gas rumah hijau, sekali gus mampu menambah baik pembangunan pintar terhadap amalan hijau bagi pengangkutan awam dan mobiliti di negeri ini.
berita selanjutnya menyusul
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA HIDUPKAN PERMAINAN TRADISIONAL DENGAN SENTUHAN MODEN
TELOK MAS 14 Ogos - Usaha menghidupkan semula permainan tradisional menerusi pendekatan lebih kreatif dan moden menjadi antara inisiatif unik...
ANAK SELANDAR CIPTA NAMA DALAM SUKAN PARA
DUYONG 14 Ogos - Kehilangan kaki dalam kemalangan jalan raya 17 tahun lalu tidak mematahkan semangat T. Yuvarajah untuk terus...
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
