Melaka Education Expo’22 sedia terima pengunjung

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 16 Jun – Kemeriahan penganjuran Melaka Education Expo’22 semakin terasa apabila petugas kolej dan universiti mengambil bahagian sibuk melakukan persiapan akhir untuk menerima kehadiran pengunjung pada hari pertama pembukaannya esok.

Tinjauan Melaka hari ini mendapati hampir keseluruhan gerai, pentas utama untuk majlis perasmian dijangka dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di dewan pameran sudah dihias.

Pengasas dan Presiden Sheng Tai International Sdn Bhd Datuk Leong Sir Ley berkata, Melaka Education Expo’22 merupakan salah satu inisiatif Sheng Tai International dalam memartabatkan taraf pendidikan negara terutamanya di negeri Melaka sendiri.

“Sheng Tai International komited dalam industri pendidikan di mana sebanyak RM8 juta telah dilaburkan dalam pembinaan ‘One Stop Centre’ (OSC) yang melibatkan infrastruktur perkhidmatan maklumat.

“Selain itu kami juga menarik para pelabur temptan dan luar negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai salah satu hub pelaburan termasuk di dalam sektor pendidikan bagi mencapai taraf pendidikan yang setaraf di luar negara,” katanya.

Ekspo membabitkan lebih 30 kolej dan universiti ternama, tempatan serta luar negara ituberlangsung selama tiga hari dari 17 hingga 19 Jun di Hotel Ames, Ayer Keroh, dibuka kepada orang dari jam 11 pagi hingga 6 petang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1379
Kongsi :
Previous post Polis tahan geng curi motosikal ‘Adam EX5’ dan ‘Haikal LC’
Next post Rajin bertanya, urus masa rahsia peroleh A+
Ubah saiz-+=