MELAKA LAKSANA PROJEK RM7 JUTA KURANGKAN RISIKO BANJIR KILAT DI DUN PAYA RUMPUT

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PAYA RUMPUT 27 Julai – Sebanyak RM7 juga diperuntukan bagi melaksanakan langkah segera mengatasi banjir kilat sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, RM2 juta diterima daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) manakala RM5 juta lagi disalurkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Banjir kilat adalah bencana yang tidak diduga, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah memohon untuk melihat kaedah bagi menyelesaikan masalah ini.

“Kita telah mendapat bajet kira-kira RM7 juta untuk melaksanakan perancangan jangka pendek bagi mengatasi banjir di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bencana Banjir Bersempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Di Dewan Bunga Tanjung, Tanjung Minyak, hari ini.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta Ketua Jabatan.

Menurut Ketua Menteri, perancangan jangka panjang juga akan diteruskan Kerajaan Negeri menerusi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Ayer Salak membabitkan kos bernilai lebih RM100 juta.

“Projek RTB Sungai Ayer Salak di peringkat akhir dan bakal disempurnakan apabila siap semua kajian dan perancangan yang akan dibuat kelak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

197
Kongsi :
Previous post 91,000 WARGA PAYA RUMPUT RASAI KASIH SAYANG TOK RAUF
Next post 859 KETUA ISI RUMAH TERJEJAS BANJIR TERIMA BANTUAN