Melaka lebih bersedia ke arah negeri mampan dan relevan- KM

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 14 Mac- Krisis yang dialami seluruh dunia ekoran Pandemik COVID-19 sehingga menjejaskan pelancongan Melaka membuka peluang untuk Melaka lebih bersedia ke arah lebih mampan dan relevan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata pelancongan merupakan tunjang ekonomi utama di Melaka namun disebabkan pandemik dan penutupan pintu sempadan antarabangsa menjejaskan ekonomi negeri itu.

Menurutnya, beliau berharap Minggu Melaka di Expo 2020 Dubai itu mampu mengukuhkan kembali kegemilangan Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan di mata dunia.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan Melaka Week Expo 2020 Dubai pada jam 2 Petang waktu Malaysia.

Hadir sama pada majlis itu adalah Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Mohd Tarid Sufian; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari; EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof; EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman serta Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Mohd Hasril Abdul Hamid.

SULAIMAN berucap sebelum merasmikan Melaka Week Expo 2020 Dubai pada jam 2 Petang waktu Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1314
Kongsi :
Previous post 4,200 murid di Kelantan terima sumbangan Back To School Yayasan Petronas
Next post JPNS kesan lambakan pukat hantu di Tanjung Tuan, Port Dickson
Ubah saiz-+=