Melaka negeri pertama diiktiraf ‘Walkable City’

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

REMBIA 14 Mei – Melaka kini berada pada tangga pertama dalam negara selepas dinobatkan sebagai ‘Walkable City’ oleh Walk Score, baru-baru ini.

EXCO Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kejayaan itu merupakan satu pencapaian baharu Melaka yang tidak putus mempromosikan pelancongan negeri menerusi pensijilan dan piawaian ditetapkan.

Ujarnya, rentetan kejayaan itu pelbagai tarikan akan naik taraf di sepanjang Sungai Melaka sekali gus menyemarakkan semula destinasi terbabit bagi menggamit pelancong ke negeri ini.

“Kita bersyukur setelah Melaka menerima pengiktirafan ini sebagai bandar yang mesra dengan laluan pejalan kaki.

“Ia akan ditambah baik dengan pelbagai tarikan baharu seperti trek joging dan sebagainya yang dijadualkan akan disiapkan Julai depan sudah pasti menjadi tumpuan pelancong yang datang di sepanjang Sungai Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks JAPERUN Rembia di sini, malam tadi.

MUHAMMAD Jailani (empat dari kanan) Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks JAPERUN Rembia di sini.

Jailani yang juga EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan berkata tarikan laluan pejalan kaki juga akan ditambah baik membabitkan kawasan pesisir pantai di negeri ini iaitu di sekitar Pantai Siring dan Pantai Puteri.

“Kawasan terlibat ini jula selepas ini bukan saja boleh jalan kaki tapi pengunjung boleh jogging dengan fasiliti disediakan.

“Ia akan dilaksanakan secepat mungkin selepas kita menyelesaikan beberapa isu pengambilan tanah kerana ia melibatkan milikan swasta dan kerajaan negeri.

“Mudah mudahan kita dipermudahkan dan cuba buat yang terbaik untuk Melaka agar pencapaian Melaka sebagai Walkable City ini dapat disemarakkan,” katanya.

Terdahulu, Walk Score telah meletakkan negeri ini sebagai tangga pertama dalam pencapaian Walkable City diikuti Georgetown, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, Perak dan Putrajaya.

Melaka yang berada di tangga teratas mencapai skor paling teratas dengan pencapaian sebanyak 86 skor.

Beberapa kriteria perlu dicapai oleh negeri dalam menerima gelaran Walkable City antaranya akses mudah kepada pelbagai pengangkutan awam, Kehijauan dan landskap berlorek di sepanjang kaki lima, jalan disediakan dengan lintasan pejalan kaki bertanda bagi memperlahankan dan memberi amaran kepada pemandu serta pelbagai lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2062
Kongsi :
Previous post JAKIM kemas kini takwim 2022 Miladiah/1443-1444H
Next post Kemalangan babitkan lima rentung: Pemandu treler dijangka didakwa Selasa
Ubah saiz-+=