Kemalangan babitkan lima rentung: Pemandu treler dijangka didakwa Selasa
IPOH, 14 Mei – Kertas siasatan terhadap pemandu treler yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemalangan sehingga mengorbankan lima nyawa di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar, Rabu lepas, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Selasa ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan yang membabitkan pemandu treler berusia 28 tahun itu.
“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada pagi Selasa dan jika tiada apa-apa masalah, kita akan buat pertuduhan di mahkamah pada sebelah petang,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata polis juga akan memohon lanjutan tempoh reman ke atas lelaki berkenaan di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Media sebelum ini melaporkan pemandu treler yang ditahan reman selama empat hari itu didapati mempunyai 22 saman trafik, dan daripada jumlah itu 21 saman telah dibayar, termasuk lapan saman berkaitan kesalahan memandu dengan laju.
Lima maut akibat rentung dalam kemalangan itu merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang juga rakan serumah.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PDRM-KERAJAAN MELAKA JALIN KERJASAMA KURANGKAN KADAR JENAYAH
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus komited bagi memastikan kadar jenayah di Melaka yang juga sebuah...
PDRM SEDIA KAWALAN KESELAMATAN SEMPENA WTD 2025
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia membantu dalam aspek kawalan keselamatan sempena penganjuran Hari Pelancongan Sedunia...
KERAJAAN NEGERI SUMBANG RM30,000 UNTUK IPD SELURUH MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Kesemua tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dalam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM30,000 daripada...
WANITA NYARIS MAUT, KERETA TERBABAS REMPUH BESI PEMBAHAGI JALAN
JASIN 15 Disember - Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh besi pembahagi jalan di Jalan Kesang...
MELAKA ANJUR ACARA SUKAN UNTUK PASUKAN BERUNIFORM
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Satu acara sukan yang membabitkan pasukan unit beruniform di negeri ini akan diadakan pada awal...
KETUA MENTERI, KETUA POLIS NEGARA TUNJUK BAKAT MEMASAK
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Program Memasak Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Dan Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional...