Melaka perintis agro pelancongan buah tin – KM

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

MASJID TANAH 21 Januari – Melaka berpotensi menjadi perintis kepada hub agro pelancongan buah tin terbesar di Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, dengan adanya tanaman pokok buah tin MBS Agro Farm and Fig Valley berkeluasan 8,000 kaki persegi di Kampung Solok Duku, di sini, sudah tentu ia mampu direalisasikan.

“Setakat ini ada sebanyak 1,500 pokok buah tin ditanam dan Cikgu Mat (pengusaha ladang) bercadang menambah lagi 10,000 pokok, bermakna Melaka mampu menjadi pengusaha terbesar di dalam negara kita.

“Ini merupakan satu produk yang baharu di Negeri Melaka sekali gus menjadikan agro pelancongan di Melaka khusus pokok buah tin lebih dikenali.

“Setiap pokok pusingannya enam bulan dan boleh menghasilkan 10 kilogram buah, satu pokok juga menghasilkan jualan sebanyak RM800, kalau 10 pokok RM8,000 dan 100 pokok RM80,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis pelancaran MBS Agro Farm And Fig Valley – Agro Pelancongan Pendidikan Kesihatan di Solok Duku di sini hari ini.

Hadir sama Pengusaha MBS Agro Farm and Fig Valley, Mohamad Balok.

IMG_20230121_143713_354
MASJID TANAH 21 Januari – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hadir merasmikan MBS Agrofarm and Fig Valley, Solok Duku, Masjid Tanah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata mana-mana usahawan berminat untuk mengusahakan tanaman buah tin boleh mengikuti kursus disediakan pemilik MBS Agro Farm.

“Saya mengalu-alukan kepada mereka yang berminat mengusahakan buah tin ini, cikgu Mat akan berkongsi pengalaman dan dia bersedia membuat kelas atau kursus bagi mendalami kaedah penjagaan pokok buah tin ini.

“Sebab itu dalam Bajet 2023 Negeri Melaka ada peingkatan sebanyak 56 peratus untuk sektor pertanian berbanding bajet sebelumnya.

“Jadi saya mohon orang ramai yang berminat dengan sektor pertanian sahut saranan kerajaan kerana di peringkat pusat juga ada peruntukan diberikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3137
Kongsi :
Previous post Pemandu bas kantoi layan ganja
Next post Pegawai penjara maut tercampak dalam longkang
Ubah saiz-+=