Melaka perlukan bekalan darah jenis B, O dengan kadar segera

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 7 Mei – Rakyat Melaka khususnya berdarah jenis B dan O dirayu menderma darah dengan kadar segera.

Ia berikutan bekalan darah jenis itu kini berada di paras kritikal.

Tabung Darah Hospital Melaka atau dikenali sebagai melakabloodbank dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, bekalan tersebut amat diperlukan susulan keperluan darah yang semakin meningkat di negeri ini pada ketika ini.

“Sejak beberapa hari yang lepas, banyak kes kemalangan yang berlaku. Pada minggu ini sahaja, empat kes kemalangan berlaku kepada empat pesakit yang berbeza.

“Keempat-empat pesakit ada berdarah B positif dan memerlukan transfusi darah yang banyak.

“Maka, kami memohon untuk penderma darah jenis B dan O Positif untuk tampil menderma darah dengan segera bagi menampung keperluan darah yang semakin meningkat,” kata kenyataan itu.

Mengikut perkongsian melakabloodbank, jadual program derma darah di negeri ini diadakan secara harian bermula 4 Mei lalu.

Untuk hari ini, program derma darah bakal diadakan di Melaka International Bowling Centre (MIBC) Ayer Keroh bermula jam 11 pagi hingga 4 petang, selain turut diadakan di Masjid Asy-Syuja’ah Merlimau bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Manakala untuk esok (Ahad, 8 Mei) program derma darah anjuran Heng Ann Association Melaka akan diadakan di Dewan Persatuan Heng Ann, Jalan Laksamana Cheng Hoe bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1360
Kongsi :
Previous post Dua beradik ditahan bantu siasatan kes samun penyampai berita
Next post Op HRA 2022: 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju – JPJ
Ubah saiz-+=