Melaka peruntuk RM5 juta lancarkan TMM2024

Masa Membaca:48 Saat

SERI NEGERI 27 November – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi tujuan promosi, publisiti dan menjayakan sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pelbagai langkah promosi dalam dan luar negara telah dilaksanakan selain pengiklanan di media cetak, cabutan bertuah, cenderamata, risalah, brosur serta pelbagai lagi.

Menurutnya, setakat ini lebih RM1 juta telah diperuntukkan bagi tujuan kempen promosi manakala lebih kurang RM3 juta akan diperuntukkan bagi melaksanakan 76 penganjuran program bagi menambat kedatangan pelancong ke Melaka pada TMM2024.

“Antara acara utama yang bakal diadakan pada tahun hadapan adalah Karnival Hot Air Balloon, Pesta Bendang Nusantara, Festival Art Fashion, Program Menghayati Detik Kemerdekaan Bersama Tunku Abdul Rahman serta pelbagai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Adly Zahari (PH-Bukit Katil) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

365
Kongsi :
Previous post TMM2024: Mac, April 2024 jadi bulan pelancongan Islam
Next post Jet pejuang tarikan KUAM2024
Ubah saiz-+=