Melaka pilihan syarikat gergasi luar negara melabur dalam sektor pembuatan- KM

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

DUBAI 14 Mac – Melaka kekal relevan menjadi pilihan syarikat dari pelbagai negara untuk melabur, khususnya dalam sektor pembuatan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata sektor pembuatan di Melaka antara penyumbang ekonomi terbesar dalam negeri selepas sektor pelancongan dengan kadar 48.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, daripada jumlah terbabit sektor pembuatan terus berkembang dan kini menyumbang 37.3 peratus daripada KDNK.

“Ekonomi Melaka dalam sektor perkhidmatan dengan 48.6 peratus KDNK dan sektor tersebut semakin berkembang, menyumbang 37.3 peratus daripada KDNK.

“Melaka juga kekal menjadi pilihan beberapa pelabur dari pelabagai negara termasuk syarikat semikonduktor terbesar dari Jerman, Infineon Technologies.

“Di mana syarikat ini, yang telah berjanji untuk melabur sebanyak RM 3.25 bilion (AS$775 juta) di Malaysia, dan kebanyakannya di Melaka, selama 10 tahun sehingga 2029.

“Dengan menggajikan hampir 9,000 pekerja, syarikat ini merupakan majikan terbesar di Melaka, dan menyumbang dua peratus daripada jumlah tenaga kerja di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian di Melaka Week Expo 2020 Dubai, hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata selain dari Infineon Technologies, Melaka turut menjadi pilihan syarikat gergasi dari dalam dan luar negara, seperti Honda, Texas Instruments dan Petronas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1057
Kongsi :
Previous post Sulaiman pelawa pelabur ke M-WEZ
Next post Melaka lebih bersedia kearah negeri mampan dan relevan- KM
Ubah saiz-+=