Melaka rancang hantar misi bantuan banjir ke Baling – KM

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SERI NEGERI 6 Julai – Kerajaan negeri akan menghantar misi bantuan banjir ke Baling, Kedah dalam masa terdekat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata perkara itu bagaimanapun masih diperingkat perbincangan dan belum dilaksanakan lagi.

“Buat masa ini, kita belum lagi menghantar bantuan ke Baling yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.

“Namun kita mempunyai perancangan untuk menghantar misi bantuan ke sana, memandangkan sebelum-sebelum ini kerajaan negeri pernah menghantar misi bantuan di negeri-negeri yang terkena musibah bencana alam.

“Dan kita akan memberi bantuan sedaya upaya mengikut kemampuan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Keselamatan dan Penyerahan AED kepada kerajaan negeri anjuran Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka di sini petang tadi.

Dalam majlis ringkas itu, sebanyak empat alat defibrilator luaran automatik (AED) di pasang di Kompleks Seri Negeri pada peringkat permulaan bagi tindakan pantas membantu orang awam atau kakitangan kerajaan jika terkena serangan jantung.

Kelmarin, media melaporkan sebanyak dua buah kampung di Baling, Kedah terjejas teruk akibat banjir iaitu di Kampung Tanjung Luas dan Kampung Iboi di Mukim Kupang.

Hujan lebat berlarutan lebih tiga jam antara punca banjir besar berlaku dan beberapa perumahan penduduk berhampiran tebing sungai dihanyutkan arus deras air sungai di kawasan berhampiran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

789
Kongsi :
Previous post Yasin lega tuduhan edar dadah babitkan hukuman gantung ditarik balik
Next post Pekerja ladang patah kaki dipijak gajah liar
Ubah saiz-+=