Melaka Reborn juara MLBB Piala YDP MPHTJ

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KEJOHANAN Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Piala Yang Dipertua (YDP) Majlis Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang berlangsung pada 10 April lepas menyaksikan pasukan Melaka Reborn mengungguli kejuaraan kejohanan itu.

Melibatkan penyertaan 32 pasukan, Melaka Reborn tidak menghadapi masalah selepas mengekalkan rekod tanpa kalah termasuk aksi ‘final’ kejohanan itu.

Aksi final mempertemukan antara Melaka Reborn menentang Riot MY dan perlawanan tersebut didominasi oleh Melaka Reborn.

Berformatkan ‘best of 3’, Melaka Reborn mudah menewaskan Riot MY dengan mata 2-0, sekali gus merangkul kejuaraan Piala YDP MPHTJ dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,300, manakala Riot MY selaku naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM700.

Sementara itu, kejohanan yang berlangsung sehari itu, telah disempurnakan perasmiannya oleh YDP MPHTJ, Datuk Shadan Othman.

SHADAN (kiri) ketika menyempurnakan perasmian Kejohanan MLBB Piala YDP MPHTJ sambil diiringi Muhammad Hamka (kanan) di Melaka Mall.

Hadir sama, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Melaka (MEA), Muhammad Hamka Mohd Ali.

Sementara itu, Muhammad Hamka berharap penganjuran kejohanan sukan elektronik atau Esports akan berterusan pada masa akan datang.

“Harapan kami (MEA) adalah untuk melihat lebih banyak pihak akan tampil untuk bersama-sama dengan kami dalam memperkasakan lagi Esports di Melaka.

“Kami akan memberi sokongan penuh kepada segala aktiviti Esports yang berlangsung di Melaka serta mana-mana pihak yang menganjurkannya,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1186
Kongsi :
Previous post Pusat Darah Negara lanjut waktu operasi sepanjang Ramadan
Next post Pembangkang bukan musuh politik: Sulaiman
Ubah saiz-+=